Menurut hukum Islam, ada beberapa hari yang
tertentu, yang dilarang mengerjakan puasa padanya, seperti berikut:
1.
Puasa Pada dua Hari Raya
Alim ulama'
rahimahumullah., telah ijma' (sekata) tentang haramnya berpuasa pada
kedua-dua hari raya iaitu hari raya "Aidilfitri" dan hari raya
"Aidiladha" - sama ada puasa wajib atau puasa sunat.
Dalilnya ialah hadith yang berikut:
عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ
قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ
الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري)
35- Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir
merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a.,
lalu ia berkata: "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi,
Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu
hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu
dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari
daging korban kamu."
(Hadith
Sahih - Riwayat Bukhari)
Ditegaskan lagi dalam sebuah hadith yang antara
lain seperti berikut:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ
الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ. (رواه مسلم)
36- " .. Bahawa Rasulullah s.a.w.
telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu: "Hari raya Aidilfitri
dan hari raya Aidiladha."
(Hadith
Sahih - Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadith sahih yang lain,
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, rahimahumallah.,
dari Ibn `Umar r.a., bahawa seorang lelaki telah datang bertanya
kepada Ibn `Umar, katanya:
"Saya telah bernazar untuk
berpuasa sehari, kebetulan hari itu jatuhnya pada hari raya
puasa atau pada hari raya haji, (bagaimana hukumnya)?"
Ibu `Umar menjawab:
أَمَرَ اللهُ بِوَفَاءِ
النَّذَرِ وَنَهَي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ
هَذَا الْيَوْمِ.
"Allah Taala telah perintahkan supaya
(orang yang bernazar) menyempurnakan nazarnya dan Rasulullah s.a.w.
pula telah melarang (umatnya) daripada berpuasa pada hari yang
tersebut."
2.
Puasa Pada Hari-hari
Tasyriq
Hari-hari tasyriq (أيام التشريق)
ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas,
kedua belas dan ketiga belas.
Dalam masa inilah
orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di
"Mina".
Larangan
berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith
yang berikut:
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ
أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي
أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد)
37- Dari Sa'ad bin Abi
Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di
"Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu)
menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut
berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."
(Hadith
Sahih Riwayat Imam Ahmad)
Diterangkan lagi dalam
hadith yang berikut:
38-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ
حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا
أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد)
38- Dari Abu Hurairah
r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah
menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah
kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk
kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu
mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan
tahmid)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Larangan yang tersebut
adalah larangan haram.
3.
Puasa "Hari
Syak":
Hari "syak"
juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا
الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي)
Dari `Amar bin Yasir
r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka
sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)
(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu
Daud dan Tirmizi)
"Hari syak"
atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh
dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan
jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan
Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban)
tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya
oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.
Larangan yang tersebut
haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)
Dalam pada itu ada
pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha
atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang.
Demikian juga kalau ia
biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa
hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang
tersebut maka itu tidak dilarang.
Yang dilarang ialah
mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan
dari bulan Ramadhan.
4.
Puasa hari Jumaat
Dilarang juga
berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan
berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu
hari Sabtu.
Ini diterangkan dalam
hadith yang berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ
عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ.
(رواه الإمام أحمد)
Dari Abu Hurairah r.a.,
katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu
jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari
sebelumnya atau sehari selepasnya."(1)
(Riwayat Imam Ahmad)
Larangan yang tersebut
ialah larangan makruh.
Di dalam hadith ini
diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
Bahawa hari Jumaat ialah
hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang
dimuliakan sebagai hari raya.
5.
Puasa hari Sabtu
Makruh juga hukumnya
berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan
berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith
yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya:
"Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali
puasa yang diwajibkan atas kamu .."
Yakni kecuali
puasa qadha dan puasa nazar. (Demikian juga halnya puasa
sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada
hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).
6.
Setelah Minggu kedua dari bulan
Sya’ban bagi orang yang tidak biasa mengerjakannya
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw.
bersabda, “Jika bulan Sya’ban sampai pada pertengahan, maka janganlah
kalian berpuasa,” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 1339, ‘Aunul Ma’bud VI:
460 no: 2320, Tirmidzi II: 121 no: 735, Ibnu Majah I: 528 no: 1651, dengan
redaksi yang hampir sama).
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw.
bersabda, “Janganlah sekali-kali seorang diantara kamu berpuasa sehari atau
dua hari sebelum Ramadhan, kecuali bagi orang biasa yang melakukan puasa
tersebut, maka berpuasalah pada hari itu.” (Muttafaqun’alaih : Fathul Bari
IV:127 no: 1914, Muslim II: 762 no: 1082, ‘Aunul Ma’bud VI: 459 no: 2318, dan
Tirmidzi II: 97 no: 680, Nasa’i IV: 149 dan Ibnu Majah I: 528 no:1650).
7.
Puasa sepanjang tahun,
sekalipun berbuka pada hari-hari yang dilarang berpuasa padanya
Dari Abdullah bin Amr r.a. bahwa Rasulullah saw.
bersabda kepadaku, “Ya Abdullah bin Amr, sesungguhnya di malam hari,
sesungguhnya jika engkau melaksanakan hal itu, berarti engkau telah menyerang
dan menyiksa mata untuknya. Tidak (dinamakan) berpuasa orang yang berpuasa
selama-lamanya.” (Muttafaqun’alaih : Muslim II : 815 no: 187 dan 1159 dan
Fathul Bari IV:224 no: 1979).
Dari Abu Qatadah bahwa ada seorang sahabat
bertanya kepada Nabi saw. bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana cara engkau
berpuasa?” Seketika itu, Rasulullah saw. marah terhadap pertanyaannya. Kemudian
tatkala Umar melihat (sikap beliau) itu, ia berkata, “Kami ridha Allah sebagai
Rabb (kami), Islam sebagai agama (kami), dan Muhammad sebagai Nabi (kami); kami
berlindung kepada Allah dari murka-Nya dan dari murka Rasul-Nya.” Umar terus
mengulang-ulang pernyataan tersebut hingga amarah Rasulullah saw. mereda. Kemudian
ia (Umar) berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana tentang orang berpuasa terus
menerus?” Maka jawab beliau, “(Berarti) dia tidak berpuasa dan tidak (pula)
berbuka.” (Shahih: Shahih Abu Daud no: 2119, Muslim II:818 no: 1162, dan
‘Aunul Ma’bud VII: 75 no: 2403, dan Nasa’i IV: 207).
8.
Ketika suami di rumah,
wanita dilarang melakukan puasa (sunnah), kecuali mendapat izin dari suaminya
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw.
bersabda, “Janganlah seorang isteri berpuasa ketika suaminya di rumah,
kecuali mendapat izin darinya.” (Muttafaqun’alaih : Fathul Bari IX: 293
no: 5192, Muslim II:711 no: 1026, ‘Aunul Ma’bud VII: 128 no: 2441, dan Tirmidzi
II: 140 no: 779 dan Ibnu Majah I: 560 no: 1761 dengan sedikit tambahan).
Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz
Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih
Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil
(Pustaka As-Sunnah), hlm. 410--414.