Ratib Al-Haddad
Susunan
الإمام القطب عبد
الله بن علوي الحداد
Al-Imam
Al-Qutub Abdullah
bin Alawi Al-Haddad
A. Pendahuluan
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya,
iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid)
yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib
Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib
Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam
Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid
beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam,
Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan
suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat
mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda
Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri,
iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah
Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di
Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada
kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat
Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan
kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di
kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah
kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat
tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib
Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib
berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di
Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang
membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada
kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman
yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib
Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh
pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah
untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain
daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan.
Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya
dan kesusahan. Ameen.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang
disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith
Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara
ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah
bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri.
Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan
itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara
istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala
atau cuai[1]. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang
lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca
lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi
Allah.
B. Syarah Ratib Al Haddad
الراتب الشهير
للحبيب عبد الله
بن علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah merahmatinya [Rahimahu
Allahu Ta’ala]
يقول القارئ:
الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا وَمَوْلانَا
مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم – الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah
kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ
الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
1. Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu
jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam
Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi
kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh
Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
2. اَللهُ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا
فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ
بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ
بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
2. Allah, tiada Tuhan
melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan
apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan
Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah 2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul
Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadith yang
menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng
pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ
بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ
وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ
وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
3. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami
tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain”. Mereka
berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan
kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”
(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan
daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua
ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya
pada malam hari sebagai pelindung dirinya.
4. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ
نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ
تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا
رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ
لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِيْنَ.
4. Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala atas kebaikan
yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana
yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah
kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari
Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang
duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia
mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang
tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi,
“Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu
berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah
diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan
Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
5.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3X)
5. Tiada Tuhan Melainkan
Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan
bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia
sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari
Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w
berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti
memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan
seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan
sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. (3X)
6. Maha suci Allah,
segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha
Besar. (3X)
Dari
Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w bersabda:
Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitu tasbih, takbir,
tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana aturannya apabila engkau
berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ
وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ. (3X)
7. Maha suci Allah segala
puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari
Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh
Allah ialah: ‘SubhanAllah al-Azim dan ‘SubhanAllah wa bihamdihi.’”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (3X)
8. Ya Allah ampunlah
dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang. (3X)
Surah
4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sila
rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. (3X)
9. Ya Allah, cucurkan
selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan
kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah
33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas
Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari
Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh
kali.
10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ
شَرِّمَا خَلَقَ. (3X)
10. Aku berlindung dengan
kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
Dari
Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa
ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي
الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ. (3X)
11. Dengan nama Allah yang
dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit dapat memberi
bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari
Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa
ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”
12. رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ
دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (3X)
12. Kami redha Allah
sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami.
(3X)
Surah
3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah
ialah Islam.
Dari
Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca ayat ini
di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”
13.
بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3X)
13. Dengan Nama Allah,
segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak
Allah. (3X)
Diriwayatkah
oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila kamu
keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan
yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan
penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
14. آمَنَّا بِاللهِ
وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (3X)
14. Kami beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir. (3X)
Surah
at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan
oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah kekasih
Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tiada apa-apa
dosa.”
15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ
كَانَ مِنَّا. (3X)
15. Ya Tuhan kami, maafkan
kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami. (3X)
Dari
Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan menangis
lalu beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab
setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan
Surah
4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah;
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ
وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ. (7X)
16. Wahai Tuhan yang
mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam
. (7X)
Sila
rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan
dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya
sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti
dikabulkan Allah.
17. ياَ قَوِيُّ ياَ
مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ. (3X)
17. Wahai Tuhan yang Maha
Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim.
(3X)
Seperti
di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang tidak boleh
mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak mahu
dicederakan akan bebas dari dicederakan musuhnya.
18. أَصْلَحَ اللهُ
أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (3X)
18. Semoga Allah
memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan
orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan
oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang mukmin
pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan didoakan
oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا
عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا سَمِيعُ
يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ. (3X)
19. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha
Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha
Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui (3X)
Surah
17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama “Allah”
atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak
nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu
cara yang sederhana antara itu.”
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ
يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (3X)
20. Wahai Tuhan yang
melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan
yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari
Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama
Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana segala
pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat
dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup
dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik
nama-nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan
nama-nama-Nya Allah akan memberi.
21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا
أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4X)
21. Aku memohon keampunan
Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon keampunan Allah dari
sekalian kesalahan. (4X)
Surah
4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohonkeampunan daripada
Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah
11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian
kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha
Pengasih”
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ. (50X)
22. Tiada Tuhan Melainkan
Allah (50X)
Komentar
tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah
kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan
kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
23. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ
وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا
أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
23. Muhammad Rasulullah,
Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan keatasnya dan
keluarganya. Moga-moga dipermuliakan, diperbesarkan, dan diperjunjungkan
kebesarannya. Serta Allah Ta’ala meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat
Rasulullah, sekalian tabi’in dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari
hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu
wahai Yang Maha Pengasih daripada yang mengasihani.
24. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ.
قُلْ هُوَ اللهُ
أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ
كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X)
24. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi
tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari,
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri;seseorang mendengar bacaan surah
al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka
bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang
memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari
Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah
s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda
berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda
menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ
بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ،
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد
25. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan
cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada
kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang
menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang
dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan
membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang
menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda
dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak
berkatnya daripada tanganku.
26. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ
بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ
الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ
وَالنَّاسِ.
26. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang
Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan
bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”.
Surah An-Nas
Dari
Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu
meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia.
Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan
membaca ayat-ayat ini sahaja.
27. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوحِ
سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي
وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ
يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ
وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
27. Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih
al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya,
dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah
tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan
mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
28. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى أَرْوَاحِ
ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ
وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ – أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ
هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ.
28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli
Ahli Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah
tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan
mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka, dan golongkan
kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوْحِ
صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ
الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ
أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ
وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ
وَالآخِرَةِ.
29. Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad,
Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul
dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan
memberi kita manfaat dari mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat
mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
30. اَلْفَاتِحَة
إِلَى كَافَّةِ
عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ
وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ
30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa
kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah
mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan
rahsia rahsia dan barakah mereka.
31. (ويدعو القارئ):
31. Berdoalah disini apa
yang di hajati. :
اَلْحَمْدُ اللهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ
وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ
عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ
تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا
فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا
مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ
بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.
Segala puji hanya bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian
bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga
Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke atas Penghulu kami
Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan, kami
memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang
selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan
yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara
hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami,
sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan,
kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh
kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada
sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin
Ya Rabbal Alamin.
32. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ
بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ.(3X)
32. Ya Allah, sesungguhnya
kami memohon keredhaan dan syurga-Mu; dan kami memohon
perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
Dari
Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga tiga kali, Syurga
akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia memohon
perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah
berilah dia perlindungan dari neraka.”
انتهى الراتب الشهير
Tamat Ratib Al-Haddad
http://www.alhawi.net